KENALI 1BESTARINET VLE FROG KPM

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

1bn2

 

Di bawah projek ini, 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah persekitaran pembelajaran maya iaitu Frog Virtual Learning Environment untuk pengajaran dan pembelajaran.

Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses platform VLE Frog. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran maya atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah melalui VLE.

 Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan Internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.