Pada 8 April 2017, Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda dan Unit Kokurikulum SK Bandar Baru Perda  telah menganjurkan kejohanan sukan tahunan bagi tahun 2017 bertempat di padang sekolah. Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Kejohanan sukan telah dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Zaidi bin Haji Mohd Said, Pegawai Khas Kanan, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan melibatkan kedua-dua sekolah, diikuti dengan bacaan doa, upacara menaikkan bendera kejohanan, ucapan aluan oleh Guru Besar SK Bandar Baru Perda, Encik Roslan bin Abu Hasan, ucapan perasmian, anugerah ikon sekolah dan gimik perasmian.

Setelah tamat perasmian, acara sukan dimulakan dengan acara sukaneka prasekolah dan diakhiri dengan acara pegawai.  Secara keseluruhannya, Rumah Hamdan telah telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Barakbah, ketiga Rumah Sardon dan Rumah Rahman mendapat tempat keempat. Bagi acara perbarisan, Rumah Rahman berjaya dianugerahkan tempat pertama manakala Rumah Sardon memenangi tempat kedua.  Mohd Barakat Ikmal bin Fadzi dari Rumah Rahman dan Siti Nur Najwa binti Arman dari Rumah Sardon masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2017 manakala Muhd Danish Haikal bin Ismail dan Zulfarhanah Syahira binti Zulkiflee pula diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati harapan bagi tahun 2017.

.

Laporan disediakan oleh:

Nurul Shahida binti Abu Mansor

AJK Dokumentasi Kejohanan Sukan Tahunan 2017

SMK Bandar Baru Perda

 

GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMKBBP DAN SKBBP 2017