YAB Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Konsep Negaraku pada 18 Mac 2017, iaitu sebagai inisiatif untuk semua rakyat Malaysia bersatu hati menamam semangat cinta pada negara. Atas inisiatif itu Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penekanan terhadap Kosep Negaraku ini. KPM telah mengeluarkan surat arahan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri agar menyanyikan lagu Aku Negaraku ini semasa perhimpunan sekolah. KPM juga menyenaraikan lagu yang wajib dinyanyikan mengikut susunan seperti berikut:

1.  Negaraku
2. Lagu Rasmi Negeri
3. Lagu Rasmi Sekolah
4. Lagu Aku Negaraku

 

LIRIK LAGU ” AKU NEGARAKU “

Kusedar tanah air aku bertuah

Di sini tempatku berjasa

Kusedar sempurna hidupku di sini

Malaysia ku terhutang budi

(Chorus)

Aku negaraku

Aku negaraku

Sememangnya negaraku maju

Negaraku tanah tumpah darahku

Aku negaraku

Di hatiku negaraku

Selamanya aku negaraku

Satu

Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa

Kita bersama bersyukur pada Tuhan

Kepada-Nya kita berserah

(Ulang Chorus)

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia

Malaysia aku bahagia

(Ulang Chorus)

Aku negaraku