Kepada para pelajar SMK BBP yang sudah mendapat YES ID dan PASSWORD bagi akaun VLE FROG anda, berikut adalah cara-cara untuk log in ke akaun anda.

LANGKAH 1:

Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome untuk mendapatkan paparan terbaik..

LANGKAH 2:

Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut:

https://pea0012.1bestarinet.net

Kemudian tekan ENTER

Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH.

bantng2

LANGKAH 3:

Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

Image

LANGKAH 4:

Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan.

Yes ID anda boleh ditaip menggunakan huruf kecil.

Image

LANGKAH 5:

Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan.

Sila tandakan pada kotak kecil “Click here to accept terms and condition”.

Klik AcceptImage

LANGKAH 6:

Inilah paparan bagi Your Dashboard anda. Anda boleh mengedit ruangan Dashbord ini.

Image

LANGKAH 7:

Klik icon Quick Launch (gambar petir) seperti di bawah.

Klik icon School Dashboard

Image

LANGKAH 8:

Ini adalah paparan bagi School Dashboard.

Segala info berkaitan dengan sekolah akan dipaparkan di ruangan ini.

Klik menu 1BESTARINET VLE FROG pada bahagian kiri paparan.

 DB2