SEJARAH SEKOLAH

       SMKBBP terletak kira-kira 2 km ke arah barat Bandar Bukit Mertajam dan 10 km ke timur bandar Butterworth, berada di dalam bandar PERDA di antara Pangsapuri Permata dan Kondominium Mutiara serta di belakang Politeknik Seberang Perai. Sebelum tahun 2002 , ibubapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Ptg Sg Nibong, Ptg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Ptg Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar PERDA
       SMK Bandar Baru PERDA mula beroperasi pada tahun 2002 dengan bilangan pelajar seramai 127 orang ( tingkatan 1 ). Bilangan guru 11 orang dan 2 orang staf sokongan. Didirikan di atas tanah seluas 3.02 ekar, terdiri 4 buah bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel KH. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM kali pertama pada tahun 2004. Pada tahun 2012, bilangan pelajar yang menuntut di SMK. Bandar Baru Perda telah meningkat kepada 920 oarang murid.